14
May
09

Cuba dan terus mencuba

langit
Hari ini hari ke-2 Consultant dari Negara Singa datang. Tapi masih tidak dapat menyelesaikan apa-apa. Tipulah pada diri saya sekiranya saya kata saya tidak tertekan. Rasa nak mencarut pun ada. Language saya pun dah tunggang langgang. Apa ikhtiar saya nak selesaikan masalah ini.

Kadang-kadang saya rasa, hidup saya terlalu membosankan. Saya berusaha juga nak jadikan hidup saya lebih menarik. HUH!! ewah…kau ni asyik merungut saja ..bisik hati kecil saya..Mungkin saya terlalu banyak berfikir.

Saya sebenarnya harus belajar lebih banyak bersabar. :P

13
May
09

Salams

Salams semua,
Ini bukanlah blog pertama saya. Dulu saya banyak membebel disini — http://www.hazwah.blogdrive.com tetapi hari ini saya akan menyambungnya disini. Saya akan terus membebel disini. Saya tahu saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Tetapi tidak salah mencubakan??

WordPress akan menjadi pemangkin untuk saya mempamerkan semua hasil kerja saya yang tidak seberapa. Sebenarnya saya mungkin sedang mengalami sindrom bosan makan gaji. Kadang-kadang saya rasa seperti tidak dihargai disini. Bekerja dengan tiada arah tuju seolah-olah sedang syok sendiri saja. Saya seakan tidak puas dengan apa yang saya curahkan disini. 

Apa yang saya lakukan hanya kerana saya suka lakukan. Saya tahu satu masa nanti dia akan menjadi satu perkara yang menjadi satu kenangan yang abadi untuk anak-anak saya. Untuk tatapan cucu-cucu saya. Sekiranya ditakdirkan oleh Nya saya tidak mampu untuk mengingat mungkin koleksi yang saya ada dapat membantu saya untuk dipinjamkan kepada anak-anak dan cucu-cucu saya kelak.

Oleh : Ewa Bulan




CALENDAR

May 2012
M T W T F S S
« May    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.